Sinopsis Edgar (opera)

Babak 1

Fidelia menyintai Edgar dan berjumpa dengan beliau, namun meninggalkan Edgar apabila Tigrana tiba. Tigrana memujuk Edgar agar pulang kepadanya, namun Edgar memberitahunnya bahawa hati beliau hanya untuk Fidelia. Frank yang amat menyintai, namun gagal kerana Tigrana hanya mahukan Edgar. Frank bertengkar dengan Tigrana. Selapas Tigrana mempersendakan penduduk setempat di masa sembahyang, penduduk setempat menghalaunya meninggalkan kampung halamannya. Tigrana lari ke rumah Edgar meminta bantuan dan melindung Tigrana dari penduduk kampong yang marah. Beliau akhirnya meninggalkan kampong halamannya bersama Tigrana dan membakar rumahnya. Frank cuba menaham Edgar dari membawa pergi Tigrana dan mereka beradu pedang. Frank tercedera dan kedua-duanya meninggalkan kampong halaman sambil di cerca oleh penduduk kampung.

Babak 2

Edgar rindukan Fidelia ada ingin pulang kepada kekasihnya, namun dipujuk oleh Tigrana. Edgar hampir termakan pujukan apabila sekumpulan askar yang diketuai oleh Frank tiba . Frank datang untuk meminta kemaafan di atas perbuatan beliau. Untuk melarikan diri dari Tigrana, Edgar mengganggotai pasukan tentera, walaupun dirayu oleh Tigrana. Tigrana bersumpah untuk membalas dendam sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu meninggalkannya.

Babak 3

Pihak tentera membawa pulang mayat Edgar yang kecundang di medan perang. Frank dan orang ramai memuji Edgar sebagai seorang perwira, tetapi seorang sami yang mendengar pengakuan Edgar sebelum meghembuskan nafas terakhir, menghina beliau. Sami tersebut menceritakan banyak keburukan tentang Edgar menyebabkan orang ramai mula menghina Edgar. Hanya Fidelia yang bangun untuk membela Edgar dan bersumpah bahawa mereka akan disatukan di syurga kelak.Tigrana tiba di pengkebumian dan mula menangis tetapi beliau kecewa apabila mendapati semua orang telah pulang dan tidak nampak beliau menangis. Tigrana menyogok orang ramai dengan intan permata untuk membawa mereka ke pengkebumian Edgar agar mereka nampak dia menangis. Apabila semua orang telah tiba, sami tersebut mula menceritakan keburukan Edgar termasuk bagaimana beliau berlaku curang kepada negaranya sendiri untuk mengaut emas, dan Tigrana akhirnya bersetuju dengan sami tersebut. Askar-askar cuba merosakkan mayat Edgar apabila mereka mendapati bahawa tida mayat di dalam keranda kecuali baju pelindung tentera. Sami tersebut membuka pelindung kepala dan mendedahkan bahawa beliau adalah Edgar dan memilih untuk hidup bersama Fidelia sebagai satu-satunya orang yang kekal setia kepadanya. Tigrana naik marah dan menikam Fidelia dengan pisau, Fidelia rebah dan meninggal dunia. Edgar menangis kesedihan ketika pasukan tentera menangkap Tigrana.